Khamis, 15 Mei 2014

Pulau Keniogan Pulau As-Sunnah

Pulau Keniogan adalah satu pulau yang terdapat di daerah Beluran, Sabah. Alhamdulillah penduduk yang mayoritasnya adalah bersuku kaum bajau dan masih berpegang teguh pada aqidah yang benar Ahlussunnah Wal Jama’ah al-asy’ari wal maturidi. Sehingga kini Kampung Pulau Keniogan adalah penduduk yang menegakkan dan meneruskan perjuangan aqidah yang benar berlandaskan al-qur’an, as-sunnah, ijma’ dan qias. Pulau yang mempunyai seorang ketua kampung yang adil kepada rakyatnya dan senantiasa membantu rakyatnya iaitu Datuk Hj Madlis Bin Azid @ Aziz.

Datuk Hj Madlis Hj Abdul Aziz

 

Dengan suasana agama yang dititikberatkan dalam kalangan penduduk kampung itu lebih mengeratkan silaturrahim sesama sendiri. Kini banyak cara yang digunakan oleh mereka dalam meneruskan dakwah Islamiyah. Kalau menyebut tentang dakwah itu sangat luas artinya seperti mengajak seseorang kepada kebaikan, menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah yang sangat diperhatikan dan diamalkan oleh penduduk kampung Pulau Keniogan.

Dalam mengajak berdakwah bukan saja dari segi lisan, berpakaian tetapi melalui perbuatan itu juga merupakan dakwah Islamiyah. Dalam meneruskan dakwah, penduduk kampung kini ada memperkenalkan yang namanya Ya Hana Na artinya alangkah beruntungnya kami. Di dalamnya itu banyak menyebut dan memuji kepada Sayyidina Rasulullah Saw dan salah satu dakwah melalui seni iaitu dengan menggunakan bermacam-macam alat permainan. Kalau menyebut tentang Qasidah memang zaman Rasulullah Saw tidak pernah buat dan tidak heran kalau ada sekelompok umat Islam (bukan di kalangan penduduk kampung) yang mengatakan bahwa itu adalah bid’ah!. Ini  secara peribadi saya tidak bersetuju karna tidak semua yang Rasulullah Saw tidak buat itu bid’ah!.

Apa yang penting adalah sekiranya kita tidak suka kepada Qasidah dan lain sebagainya tidak mengapa tapi jangan coba-coba menghalang seseorang dalam melakukan amal kebaikan. Apa yang saya suka dan bangga dengan anak-anak di Pulau itu sehingga kini masih meneruskan dalam memperkenalkan Islam melalui Qasidah. Menyebut tentang bid’ah pula harus di ketahui kalau menelusuri dalam arti bahasa bid’ah adalah “mengadakan sesuatu tidak menurut contoh”. Manakala dari segi istilah syara’ harus melihat pada pandangan ulama’ seperti Imam Al-Jalil, Imam As-Syafie mengatakan bahwa, “bid’ah itu dua jenis, yang dipuji dan dikeji, apa yang selaras dengan sunnah itu maka ia dipuji dan jika bertentangan ia adalah di keji.” Dalam penjelasan tentang bid’ah telah saya jelaskan sebelum ini.

Di sini saya berani katakan bahwa berQasidah itu termasuk dalam bid’ah hasanah(baik) yang bagus untuk di amalkan. Sarana saya kepada penduduk kampung khususnya Pulau Keniogan teruskan dalam berQasidah dan lebih baik tambahkan lagi selain berQasidah, bertahlil, mengadakan rattib haddad dan sebagainya. Sekiranya kita punya dalil dalam pengamalan usah khawatir karna selagi ada perintah dalam al-qur’an, hadits, ijma’, qias dan lain-lain itu masih boleh beramal dengannya. Jangan kita mudah tertipu dengan mereka yang gampang mengatakan bahwa Qasidah itu sesat, semoga kita jauh dari pernyataan itu.

Justeru, saya juga selaku salah seorang penduduk kampung Pulau Keniogan yang berada jauh dari Pulau in shaa Allah dengan ilmu yang sedikit ini akan di kongsikan bersama di saat tiba di kampug nanti. Saya juga berharap agar semuanya jangan berputus asa dalam menyebarkan dakwah Islamiyah. Banyak cara dan kaidah yang digunakan, apa yang penting pokoknya dakwah itu sampai ke hati kita semua. Kepada Ketua Kampung bimbinglah kami anak-anak kampung ini dalam usaha melakukan banyak lagi aktiviti-aktiviti agama dan menjadi satu Pulau yang senantiasa rahmat Allah mencurah ke situ. Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.

Wallahu a’lam..

2 ulasan: